Terkini: TMJ Umum Letak Jawatan Sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)?

SEJARAH TERCIPTA, SUDAH TIBA MASANYA.

Sepanjang saya menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama LaLiga.

Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan. Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran dimana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada Kerajaan.

Dalam pada itu, skuad B23, B19 dan B16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kalinya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.

Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh 3 anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya.

Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya… Daddy’s home!

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

———

SEJARAH TERCIPTA, SUDAH TIBA MASANYA.Sepanjang saya menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya telah…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Donnerstag, 15. März 2018

HISTORY MADE, IT IS TIME.

Ever since I took up the post of Football Assossiation of Malaysia President, I have restructured local football, lured in sponsors to help contribute to football in the country and prepared a long term plan for the local football with the co-operation of LaLiga.

I have fought for broadcasting rights for all competing teams in the Liga Malaysia, to help them manage and strenghten their financial stability. History is made when for the first time, all the teams have received between RM1 million to RM3 million annually, so they do not have to be dependent on government funding.

The U23, U19 and U16 teams have managed to make history when they represented the country in the highest level in Asia.

Recently the national team’s ranking fell 3 places and this is a very big failure. With that being said, I think it is time that President of FAM leave football. Thank you for everything and it has been an honour to me to serve Malaysian Football. Good luck.

To my loved Bangsa Johor and all the fans of Johor Darul Ta’zim (JDT) around the world, my wife and kids… Daddy’s home!

HRH Major General Tunku Ismail Ibrahim, Crown Prince of Johor

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FB :JOHOR Southern Tigers