Pengurus Sufian Tampil Bidas Kenyataan Ibu Elfira Dan Dedah Strategi Merendahkan Akhlak Artis Jagaannya.

Aduh nampaknya semakin lama isu putus tunang Sufian dan Elfira menjadi semakin rumit dan hangat diperkatakan.

Jika selama ini pihak Elfira Loy dikatakan sering mengeluarkan statement-statement berkenaan dengan apa yang terjadi serta sering berkias-kias bahasa di media sosial.

Kali ini, buat pertama kalinya MH baca sendiri komen pengurus Sufian berkenaan isu putus tunang ini.

Melalui ruangan komen seorang netizen yang mempertikaikan tinggi sangatkah selitkan RM20 sehari masuk dalam Al-Quran, pengurus Sufian yang dikenali sebagai Mahadhir memjelaskan kepada gadis ini semua ini hanya ingin menutup kelemahan sendiri.

Menurut Mahadhir, sebenarnya Sufian mampu melakukan perkara tersebut. Jika dihitung dengan segala pendapatan hasil persembahan yang dilakukannya namun tetapi dia menganggap perkara memberi tip itu sebagai satu strategi merendahkan akhlak artis jagaannya.

Malah, Mahadhir turut menjelaskan yang terlalu gila-gilakan Sufian sebenarnya adalah anaknya yang sentiasa ingin bersama Sufian setiap minit sehingga kerap melakukan panggilan telefon tanpa henti dan sentiasa ingin bersama Sufian dan mengikutinya ke mana sahaja sehingga lewat malam dan awal pagi tanpa ditemani oleh teman mahupun keluarga sendiri.

Pengurus Sufian turut berkata sikap Elfira seperti perigi mencari timba dan menafikan Sufian cuba mencari penganti.

Malah, Mahadhir turut memberitahu ibu Elfira sendiri telah menghubungi bekas kenalan Sufian dan sengaja mencari alasan untuk memutuskan pertunangan itu.

Bukan itu sahaja, Mahadhir turut menegaskan yang terlalu menginginkan Sufian adalah Elfira namun ibunya itu yang telah memutuskan pertunangan mereka dan seperti apa yang Sufian telah jelaskan beberapa kali, wang hantaran dan syarat yang telah ditetapkan itu bukanlah alasan utama.

Dalam pada itu, Mahadhir turut menjelaskan sebenarnya semua benda dapat disediakan termasuklah kondo dua tingkat yang kini di diami oleh Sufian.

Aduh bagaikan drama pula MH rasakan kisah mereka ini. Memang merumitkan!

Jujur MH sendiri terkejut apabila pengurus Sufian berani buka mulut dan ceritakan kisah sebenar kepada semua orang.

Nampaknya perkongsiannya ini telah mendapat sambutan ramai dan rata-rata terkejut dan tidak sangka.
‘Ketika Majlis Bertunang Oktober Lalu Pun Sudah Tawar Hati’ – Bapa Elfira Loy
Kontroversi putus tunang yang melanda Sufian Suhaimi dan Elfira Loy semakin kurang diperkatakan oleh netizen. Namun luahan ibu Elfira baru-baru ini menerusi Instagramstory membuatkan isu ini hangat kembali diperkatakan oleh netizen.

Terbaru, bapa Elfira ada membuat kenyataan terbarunya berkenaan isu putus tunang anak daranya dan penyanyi Di Matamu itu.
Tiada isu hantaran tinggi timbul ketika majlis merisik, tunang

Bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin berkata kepada Rojakdaily bahawa soal hantaran tinggi tidak dibangkitkan semasa majlis bertunang atau merisik dan tidak seharusnya pihak luar membuat andaian bukan-bukan.

Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan.

Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.
Petanda tak baik masa bertunang

Apa yang lebih mengejutkan, Ahmad Sabri mengakui sebagai bapa, hati kecilnya merasakan bagai ada yang tidak kena dengan hubungan anak perempuannya itu. Namun, dia memilih tidak mengendahkan perasaan itu.

Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil.

Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.
Bincang tidak teruskan hubungan Elfira-Sufian

Ahmad Sabri juga mendedahkan dia ada berbincang dengan bekas isterinya untuk tidak meneruskan pertunangan anak mereka selepas dua bulan tali pertunangan diikat.

Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka.

Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.

Sumber: Rojakdaily

 
‘Ibu Elfira Ada Meletakkan Syarat…’ – Sufian Suhaimi Nafi Wang Hantaran Punca Putus

Kontroversi putus tunang yang melanda Sufian Suhaimi dan Elfira Loy semakin kurang diperkatakan oleh netizen. Kedua-dua mereka seperti sudah kelihatan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dan bekerja seperti biasa sekaligus melupakan apa yang berlaku.

Pelbagai andaian dan spekulasi dibuat oleh netizen mengenai sebab terputusnya hubungan mereka. Pun begitu, tiada kenyataan rasmi daripada Elfira mahupun Sufian tentang sebab mereka tidak lagi bersama.
Tepis spekulasi hantaran tinggi

Menurut Sufian seperti dilaporkan Berita Harian, dia menolak khabar angin mengatakan hantaran tinggi diminta keluarga bekas tunangnya itu adalah sebab mereka tidak melanjutkan hubungan ke fasa seterusnya.

Tambahnya, sesetengah pihak membuat andaian sendiri dalam isu peribadinya bagi menjadi yang pertama tahu akan segala benda. Gosip di forum internet, pos laman sosial dan portal hiburan antara lain menyebut punca terlerai ikatan Elfira-Sufian adalah kegagalan penyanyi itu menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarga Elfira.

Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira.
Kena hafal surah Al-Mulk
 

Menurut penyanyi Terasa Ada ini, tiada nilai hantaran ditetapkan keluarga bekas tunangnya itu, bagaimanapun, ibu Elfira ada mensyaratkan dia mesti hafal surah al-Mulk dan menabung.

Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada meletakkan syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari.

Sufian juga diminta mengulas tindakan netizen yang mengejek dan mempersenda dirinya atas berita sedih itu. Namun, dia menganggap perkara itu tidak perlu dijadikan lawak dan memaafkan perbuatan itu.

Dalam hal mempersendakan ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Begitupun, saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku.

JSumber: Berita Harian, OHBULAN, Media Hiburan