Peminat Mahu Shukri Yahaya Tegur Perbuatan Isteri

Ini satu berita baru yang melanda pasangan selebriti di Malaysia iaitu pelakon popular Shukri Yahaya dan isterinya Tya Adnan.

Nampaknya ada pihak yang kurang senang dengan tindakan isteri kepada Shukri Yahaya.

Ini apabila Tya Adnan dikatakan tidak menutup aurat ketika membuat review baru-baru ini.

Yang menariknya, pihak yang ingin menegur, telah menulis mesej Shukri Yahaya bukannya memberi mesej kepada Tya Adnan.

Ini teguran individu berkenaan:

“Hi Shukri, tegur la isteri awak ni, bukan nak sibuk tapi pakai tudung tu elok-elok la.

“Awak yang tanggung dosa dia kan? Leher tu aurat, rambut pun aurat. Tutup aurat tu wajib, dosa kalau tak tutup aurat”

Isteri kepada Shukri Yahaya mempersoalkan tindakan seorang netizen yang menghantar fotonya melalui mesej peribadi Shukri bagi meminta aktor itu menegur tentang aurat.

Tya Adnan menyifatkan tindakan itu sepatutnya tidak berlaku kerana Shukri Yahaya mengetahui setiap apa yang dimuat naik ke laman sosial Instagramnya.

Ini tulis Tya Adnan di laman Instagramnya:

“Sampai ke laki (suami) kita dia pergi DM (hantar mesej). Jadi dia ingat suami saya selama ini tak tengok ke apa yang saya muat naik?

“Susah-susah je awak pergi DM suami saya,” 

Ternyata Tya Adnan berasa tidak puas hati dengan perkara ini.

Tya turut memuat naik gambar paparan skrin mesej peribadi individu berkenaan di InstaStory yang di antaranya meminta Syukri menegur Tya tentang hal menjaga aurat dengan betul.

Ini fotonya:

Tya memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram yang memperlihatkan dia hanya memakai penutup kepala bagi mempromosikan gincu kepada pengikutnya.

Shukri Yahaya dan Tya Adnan bernikah pada November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaira Ameena yang selemat dilahirkan pada Ogos 2016.

Sumber: mStar