Dahla Ada Anak Jadi Pelakon Popular,Hensem Pula Tu, Si Ibu Pula Sporting Habis..Jatuh Cinta Sangat..

Syafiq Kyle Tidak Banyak Bercakap, Gemar Menyendiri – Ibu

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman, 55, berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anaknya itu untuk menentukan calon isteri.

Menurut Rohaya, dia tidak pernah meletakkan sasaran waktu untuk Syafiq mendirikan rumah tangga dan menerima sesiapa sahaja yang bakal menjadi menantunya kelak.

“Saya tak pernah letak sasaran waktu bila dia nak kahwin. Kalau dia dah bersedia, teruskan dan saya tak memilih siapa yang akan menjadi isterinya itu.

Syafiq manja dan pendiam.

“Saya tak nak nanti kalau kita memilih dan paksa dia kahwin akan menimbulkan masalah kelak sebab dia yang nak kahwin jadi dia yang kena tentukan siapa bakal isterinya nanti,” katanya kepada mStar Online.

Bercerita mengenai sikap dan perangai Syafiq di rumah, Rohaya berkata anak keduanya itu lebih manja dan bukanlah seorang pemarah.

Malah, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini juga tidak banyak bercakap dan lebih gemar menyendiri jika sedang berdepan dengan masalah.

Syafiq tidak gemar berkongsi dengan keluarga mengenai gosip atau kontroversi.

“Dia seorang anak yang manja dan kurang bercakap, sesekali dia suka mengusik dan menyakat adik bongsunya.

“Dia juga lebih tenang dan tak suka marah-marah, jika ada masalah dia akan menyendiri dan bila kita tanya baru dia cerita apa yang sedang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Rohaya yang kini menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan memaklumkan Syafiq tidak akan bercerita mengenai sebarang gosip atau kontroversi berkaitan dirinya.

Ibu bapa Syafiq Kyle iaitu Abdul Razak Husin dan Rohaya.

Sebaliknya, dia hanya mengetahui perkara tersebut menerusi laporan media dan di laman sosial.

“Kalau ada gosip atau kontroversi, dia tak pernah cerita. Saya hanya baca laporan media sahaja. Jika kontroversi itu keterlaluan saya yang akan mulakan perbualan.

“Lepas ditanya, baru dia akan terangkan apa yang berlaku dan kalau itu penjelasannya, saya akan terima apa yang keluar dari mulut dia sahaja.

“Saya ada nasihat dia, sebagai selebriti, kontroversi dan gosip ini sudah menjadi lumrah. Saya ingatkan dia selangkah keluar rumah orang akan perhatikan kita dan kena jaga kelakuan,” ujarnya.

Menerusi video ini anda dapat lihat perwatakan syafiq kyle sebagai seorang artis dan juga calon suami. Ada hint dalam tu..Tengok Sampai Habis.

Sumber:mstar
Artikel Berkaitan
Syafiq Kyle Senyum Dicium Peminat

PELAKON Syafiq Kyle mendedahkan ada peminat wanita yang tidak dikenali bertindak berani menciumnya ketika dia menyertai satu program jelajah, baru-baru ini.

Menurut Syafiq, 25, kejadian tersebut berlaku ketika dia bertemu peminat di sebuah negeri di kepulauan Borneo.

“Ada satu kejadian ketika sedang menyertai program beramah mesra dengan peminat, tiba-tiba seorang wanita mencium pipi saya.

Syafiq hargai usaha dan sokongan peminat.

“Terkejut jugalah ketika berdepan situasi itu, namun keadaan masih terkawal dan mujurlah tiada apa yang tidak diingini berlaku.

“Saya mampu senyum sahaja, tambahan pula peminat perempuan itu nampak masih kecil lagi, mungkin dia teruja dapat bertemu saya,” katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui ketika menghadiri Anugerah Instafamous 2017 anjuran Hurr.TV yang diadakan di Menara Suezcap, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syafiq membawa pulang trofi Anugerah Instafamous Adiwira di majlis anjuran Hurr.TV baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer ini berkata kejadian tersebut merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang tahun 2017.

“Kalau tanya pengalaman bersama peminat memang banyak yang indah dan manis untuk dikongsi. Tetapi, kes dicium ini memang saya tak akan lupa.

“Daripada kejadian itu saya boleh nampak betapa peminat begitu menghargai peluang dapat bertemu dengan selebriti pilihan mereka,” katanya.

Ada peminat mengharapkan Syafiq dan Hannad Delisha menjadi pasangan kekasih.

Bagaimanapun, pemilik nama nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini sedar mengenai sensitiviti dan meletakkan batas dalam melayan permintaan peminat.

“Bila berhadapan dengan peminat fanatik begini tak perlu sampai nak marah-marah.

“Sekarang ini pun peminat dah bijak, mereka tahu batas sebelum melakukan sesuatu. Jadi aksi lebih ekstrem jarang berlaku di Malaysia,” katanya.

Sumber:mstar