“Dah tau tak kaya tak payah berlagak..” Jurusolek Naik Angin Dedah Perangai Kiera Clever Girl Liat Bayar Hutang!!

Musim rancangan realiti TV Clever Girl musim kedua sudah lama melabuhkan tirainya. Namun perkembangan bekas peserta-peserta rancangan itu sentiasa diikuti oleh pengikut tegar mereka.

Antaranya nama yang sedang disebut-sebut sekarang ialah peserta dari negeri utara yang merupakan graduan dari salah satu universiti terkemuka di dunia.

Desas-desus mengatakan beliau telah gagal membayar upah khidmat seorang juru mekap profesional untuk majlis perkahwinan beliau yang berlangsung di salah sebuah pulau di pantai timur.

Ini kronologi kes beliau..

Pelanggan bersetuju buat tempahan untuk 4 kali solekan. Dah terangkan terma dan syarat dan dia bersetuju dengan harga solekan termasuk kos pengangkutan tanpa sebarang bantahan berkenaan dengan harga.

Kos penginapan dan penerbangan sahaja yang ditanggung oleh pelanggan tapi untuk suami saya, saya bayar sendiri okey!

Minit  terakhir sebelum bertolak, pelangggan beritahu nak tambah solekan untuk malam berinai dan solekan untuk mak dia dan ibu mertuanya.

Kiranya untuk pelanggan 5x solekan dengan 2x solekan acara (untuk ibunya). Saya pun ok je. Dan dia buat bayarah separuh. Baki bayaran akhir sepatutnya pada 11/3/18.

9/3/2018 saya sampai Terengganu dan permulaannya semua berjalan lancar tapi waktu nak menyolek malam berinai dah janji pukul 6.30 petang tapi mula 7.30 dengan alasan raptai lambat habis.(dah anjak masa aku sabar lagi waktu nie ).

10/3/2018 ok setuju solekan nikah pukul 6 pagi tapi 6.30 baru mula nikah dah janji pukul 8.30 tapi semuanya ditunda sebab cuaca tak baik, almaklumlah nikah yang kononnya bersaksikan langit dan ombak.

Tengah bersolek, sempat nak pergi sarapan pulak padahal dah tau kita bergegas nak solek ahli keluarga dia.

Kena solek ahli keluarga dia bilik lain-lain okey!

Korang bayangkan dengan barang-barang solek saya, saya kena bawak pergi bilik lain? Saya dah macam bangang dan macai dia pagi tu.

Selepas tu, dia anjak masa aku lagi jadi penunggu untuk bersolek tengahari (solek baru tau! bukan touch up!). Janji waktu lain tapi muncul waktu lain.

Okey amik masa lagi sebab nak buang solekan susah tak bawak remover. ( saya hulur tisu remover walau tak ada dalam sebut harga)

Janji untuk mula bersolek resepsi malam pukul 3.30 tapi tunda lagi pukul 4.30 sebab nak tunggu solat dan sebagainya. (sekali lagi jadi penunggu!!!!!!!!!)

Saya mula menyolek dari pukul 4.30 dan pukul 7 baru selesai sebab nak layan tuan puteri tertido. (boleh bayangkan tak 3 jam setengah berdiri menghadap dia).

Dia merungut mata rasa tak selesa sebab sepanjang hari pakai lense. Sebelum tu dia sempat mengingatkan aku tentang sesi bergambar pagi esok.

11/3/2018 (final day !) Janji bersolek pukul 7 pagi sebab nak ambil pemandangan sunrise katanya tapi saya tunggu kat lobi 7.30 pagi sampai 8.30 pagi.

Tiada respon sampai pukul 9 pagi suami dia hubungi beritahu isterinya kurang sihat dan nak sahkan balik sesi bergambar konon-kononnya ditunda!

Pukul 10 pagi baru pengesahan dibatalkan sesi bergambar.

Wtf!!! (kebetulan dalam perjalanan nak balik nampak suami dan isteri turun pergi makan pagi sambil bergelak ketawa menuju ke cafe) *pembayaran ditunda sampai selasa*

Saya desak buat pembayaran walaupun untuk ahad pun sebab dah rugi masa kat situ sebab penerbangan waktu malam.

Pelanggan sepatutnya bayar baki bayaran RM 1xxx. Tapi dorang tak nak bayar harga yang dipersetujui atas alasan bayaran solekan untuk sesi bergambar diganti dengan bersolek malam berinai.

Eh heloooo, bukan saya yang batalkan tau! Korang yang batalkan tau!

Ok baik! Dah buat sesi gambar kahwin kau tak nak bayar.

Jadi baki sepatutnya tinggal 9xx akan tetapi si suami potong lagi bayaran saya dengan alasan harga pengangkutan saya ke klia tidak munasabah sedangkan harga tu dah dipersetujui isteri dia! .

Jadi sekarang saya hanya dapat bayaran 7xx sahaja! Separuh dari itu suka-suka hati dia je nak potong! Sampai makeup remover pun di jadikan alasan sebab saya tak sediakan.

Bodoh punya alasan!

Jadi sekarang saya short payment sekitar 700+ siapa nak bayar oiiii! Ingat aku pergi sana berhari-hari tinggal kan anak untuk buat amal jariah ke??

Dah tau melayu makan belacan sebok nak berlagak macam mat salleh beach wedding bagai!

Minta bayaran penuh dari sebelum mula majlis bagi alasan macam-macam tapi saya bersangka baik lagi sebab fikir kalau mampu kau sewa private resort, tak kan tak mampu bayar MUA.

Dah tau tak kaya tak payah berlagak macam orang kaya! Minta berpuluh kali solekan tapi bila bab bayaran liat gila nak bayar.

Saya tak heran pun kau tu peserta program realiti TV ke! Berpengaruh ke!! Belajar sampai luar negara tapi hakikatnya bodoh gila !

Saya tak mintak caj tambahan langsung untuk jadi penunggu, kau anjak masa tapi kau potong bayaran saya macam saya tak buat kerja!

Kau minta dan buat saya macam macai kau seolah-olah bayaran kau 10k.

Tolong lah semua terutamanya MUA, hati-hati manusia macam ni sebab bulan 7 nanti dia ada resepsi yang lain di shah alam.

Jadi mohon berhati-hati sebab peranganya sangat teruk dan bab bayaran dia sangat bijak putar belit untuk dapat harga murah!

Kesian terlampau banyak berangan sampai majlis kahwin pun sanggup tipu bayaran semata-mata nak realisasikan impian bitch wedding dia.

Dah tak berduit tapi berlagak macam kaya sangat. Nauzubillah mintak kita semua dijauhkan biar majlis kecil tapi berkat.

Tak malu tunjuk gambar kahwin sana sini bangga beach wedding hakikatnye HUTANG MAKEUP! Jadikan cerita sebagai pengajaran kepada MUA lain, bayaran penuh sebelum mulakan kerja.

Tak boleh percayakan sesiapa terutamanya pelanggan!

Selalu saya mudahkan urusan orang dah letak kepercayaan kepada mereka tapi kali ni tak sangka jadi macam ni. Sampai hati.

Peserta program realiti ini juga dikatakan pernah mencetuskan kontroversi semasa menyertai rancangan realiti berkenaan di mana peserta ini yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah.

Peserta ini yang berumur 27 tahun  membuat keputusan menarik diri dari rancangan realiti itu iaitu sehari sebelum siaran langsung rancangan berkenaan disiarkan.

Graduan Sains Kejuruteraan dari salah sebuah universiti terkemuka ini dalam kenyataan awalnya di laman sosial mendakwa, penarikan dirinya disebabkan dia mendapati terdapat unsur-unsur berat sebelah dan soalan bocor dalam pertandingan itu.

Netizen pula berpendapat, peserta dari Pulau Pinang ini sebenarnya sering gagal menjawab beberapa soalan diberikan.

Diharapkan semoga urusan sis ini dipermudahkan dan semoga pihak pelanggan tampil menguruskan situasi ini secara profesional. Akui salah kita kalau betul anda bersalah.

Selesaikan secara baik. Masalah boleh diselesaikan.

Masing-masing sama-sama public figure, jadi tunjuklah contoh yang baik.

 

Sumber:https://amazingnara.com/bekas-peserta-rancangan-realiti-gagal-bayar-khidmat-jurusolek-perkahwinan/