Status Permohonan BR1M Lulus Tapi Duit Tidak Masuk? Baca Ini Dulu…

Kepada pemohon BR1M 2017 sudah pasti tertunggu-tunggu untuk bayaran fasa pertama yang dikatakan bermula dibayar pada 18 Februari 2017. Tetapi malang sekali ada pemohon yang tidak dapat lagi wang BR1M walaupun status permohonan dinyatakan “LULUS”.

Jangan salah faham dengan tarikh tersebut sekiranya wang BR1M anda belum masuk ke dalam akaun bank anda kerana bermula 18 Februari 2017, proses baucer penerima yang menerima akan dilakukan terlebih dahulu.

Manakala penerima yang menggunakan pembayaran melalui akaun bank masing-masing akan mendapat bayaran fasa pertama mereka bermula 22 Februari 2017 ini.

Namun begitu, info yang kami perolehi ada juga setengah individu penerima BR1M 2017 ini telah dibayar melalui akaun bank mereka.

Yang sahih, penerima tersebut menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan penerima daripada bank lain kami tidak pasti.

Kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2017 (BR1M 2017) yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), bolehlah menyemak akaun masing-masing ya!

Kepada penerima yang menggunakan bank Maybank, Bank Islam, CIMB, RHB dan lain-lain diharap bersabar kerana duit BRIM anda belum lagi dimasukkan ke dalam akaun anda.

Update Terkini! Kepada sesiapa yang belum menerima BR1M lagi, duit anda akan dimasukkan selepas sebulan dari tarikh kelulusan permohonan. Jadi jangan risau jikalau status “LULUS” tetapi duit tidak lagi dikreditkan ke dalam akaun anda. Sila tunggu sebulan selepas tarikh “LULUS”.

Sumber:https://www.blogammar.com/status-permohonan-br1m-lulus/

Cara Semak Status Permohonan BR1M 2018 & Tarikh Bayaran BR1M

Untuk makluman permohonan / kemaskini BR1M telah pun ditutup pada 31 Disember 2017. Bagi penerima yang masih ragu-ragu sama ada layak atau pun tidak, berikut dikongsikan cara semak status permohonan BR1M 2018.

Semakan BR1M kini lebih mudah kerana anda boleh melakukannya secara online melalui portal eBR1M.

Selain itu, anda boleh baca juga beberapa artikel yang kami terbitkan tentang BR1M seperti:

Status permohonan BR1M 2018 boleh diketahui apabila kerajaan mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2018 yang akan bermula pada bulan Februari, Jun dan Ogos.

Pemakluman tentang status permohonan BR1M adalah seperti berikut:

Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon;
Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
Semakan secara Aplikasi Mobile BR1M;
Melalui e-Mel berdasarkan alamat e-Mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus;
Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Berikut adalah penerangan bagi status permohonan anda:

Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
Diterima: Permohonan Telah Dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan semasa tempoh rayuan
Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
Tidak LulusPermohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
Status Kredit Tidak BerjayaSurat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018
Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri mengumumkan tiada kenaikan kadar maksima BR1M dan ianya dikekalkan sebanyak RM1,200 bagi penerima kategori 3.

Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Semoga perkongsian cara semak status permohonan BR1M 2018 membantu anda mengetahui status permohonan masing-masing.

Sekiranya anda ada sebarang soalan dan ingin berurusan terus dengan BR1M, sila berkunjung ke mana-mana kaunter BR1M di LHDN atau hubungi talian hotline BR1M di nombor 1-800-88-2716.